Thursday 6 March 2014

Kebaikan minuman Yogurt Bliss

Assalamualaikum... slmt pgi...
 Bangun pagi2 JUMAAT ni rase indah je...tapi bosan..xtau nak buat ape..duk belek-belek lappy ni pastu terbukak blog sendiri (kononnye dulu gian nk ade blog) hehe..  yang syoknye bukak blog aku ni, bile tgk last post ak, mak ai! 2012! dah dua tahun menyepi..haha...  biase la..time tu nak exam. x sempat nak melayan blog bagai. ari ni tetiba rajin je nak taip-taip. 


so pagi ni saya ada nak share sikit la pasal kesihatan memandangkan sejak duduk ipta ni baru la mula nak menghargai kesihatan. sejak dua menjak ni saya sedang amalkan minum yogurt bliss. hmm korang mesti dah adapt ngn mende nih..aku je baru nak amalkan. hee.. tapi siyesly memg mujarab la minuman yogurt ni sebab sebelum ni aku memang kerap alami sembelit. tapi sejak amal minum ni, dah xde lagi yang terbantut! memang baik untuk sistem pencernaan sbb die mengandungi kultur hidup yang boleh menghasilkan bakteria baik untuk jaga usus kita. plus, yogurt ni pulak bnyak yang dicampur dengan buah esp, buah yang mengandungi banyak vitamin c. so sume orang tahu vitamin c boleh mencantikkan kulit. so klau nak kulit cantik boleh minum yogurt bliss n dimalkan at least seminggu sekali ke. 


Tak rugi sebenarnya berhabis untuk kesihatan. sebotol lebih kurang rm6 ringgit lebih skit je..orang kate, klau badan sihat insyaALLAH  la tahan lame sikit kan... so rajin-rajin la ke pasaraya untuk dapatkan minuman ni.. 


Friday 18 May 2012

DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER!

Setiap manusia pasti ada kekurangan. Tiada manusia yang sempurna tetapi manusia yang cuba jadi sempurna tu ramai. Apa yang saya cuba nak tekankan kat sini, sebagai manusia kita tak boleh terus nak mengadili kesilapan seseorang. Normal kalau jadi manusia mesti nak kutuk-kutuk salah orang. Salah orang cepat je nampak. Tapi salah sendiri?? cepat-cepat je sorok. Sebelum kita nak kutuk orang, lebih baik kita tengok dulu diri kita setakat mana. Dah cukup sempurna ke diri kita untuk kutuk orang lain?? walaupun perkara yang orang lain tu buat terang-terang memang salah, ambik la ia sebagai iktibar. Bukan cari jalan nak salahkan dia. Mungkin orang yang buat kesalahan tu akan sedar suatu hari nanti. Kita hanya perlu mendoakan dia supaya dia tinggalkan kesalahan dia dan tak ulang lagi. Jangan terlalu cepat menghakimi seseorang! sememangnya anda tak layak untuk berbuat sedemikian.. =)

Thursday 27 October 2011

5 Perkara Penting Tentang MASALAH Yang Anda Patut Tahu!


  1. Setiap orang pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. (Kalau xde masalah x normal la tu). Tapi anda harus ingat, sebesar mana pun masalah anda, ORANG LAIN MEMPUNYAI MASALAH YANG LEBIH BESAR daripada anda! Jadi, sebagai manusia yang bijak, kita tidak boleh cepat melatah dengan ujian ALLAH.

  1. Masalah yang anda anggap sarat itu lebih baik diCERITAKAN KEPADA SESEORANG yang boleh dijadikan pendengar dan boleh dipercayai. Apa jua bentuk maslah itu perlu diceritakan kepada pihak kedua agar anda tidak menanggung masalah itu sendiri. Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah yang melibatkan orang lain sudah pasti anda akan menyimpan dendam kepada orang tersebut. Saya percaya+yakin jika dendam/masalah itu diceritakan kepada seseorang pasti membantu anda memadamkan niat untuk terus berdendam dengan orang yang anda anggap musuh! Sekaligus meringankan fikiran anda. (saya pernah cuba dan ALHAMDULILLAH sangat mujarab =D)


  1. Kita mesti ingat bahawa ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN MASALAH YANG HAMBANYA TIDAK MAMPU TANGGUNG. Ini bermakna setiap masalah yang kita hadapi itu pasti dapat diselesaikan. (Masalah tersebut=keupayaan kita)

  1. Perkara yang teramat penting mesti kita ingat adalah, TIDAK ADA ORANG LAIN YANG BOLEH SELESAIKAN MASALAH KITA KECUALI KITA SENDIRI. Orang lain hanya boleh bantu kita menjadi pendengar dan memberi pendapat. (Dr. HM Tuah Iskandar-Mebina Peribadi Anggun)


  1. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF dan jangan terlampau stress memikirkan masalah. Anda harus ingat bahawa setiap masalah pasti akan selesai. Hanya waktu yang menentukannya sama ada masalah itu cepat selesai atau lambat. Anda hanya perlu berdoa dan yakin kepada pertolongan ALLAH. TIADA MASALAH YANG TIDAK AKAN SELESAI! Jika anda nafikan pernyataan berwarna merah di atas, ini bermakna masalah anda belum selesai dan anda perlu cari jalan untuk selesaikannya..



*Ambil masa  bebrapa minit untuk kosongkan fikiran dan kenalpasti masalah anda supaya anda  boleh selesaikan maslah anda dengan cara yang lebih positif dan matang.

*mesti ingat bahawa ujian daripada ALLAH terbahagi kepada 2 iaitu berbentuk kesenangan atau kesusahan.

Friday 21 October 2011


BAGAIMANA ARAS SOLAT SAYA,ANDA DAN KITA?

GOLONGAN 1
Kita boleh lihat hari ini ramai umat islam yang tidak solat, bahkan ramai juga yang tidak tahu bagaiman hendak solat. Imam Malik berkata JATUH KAFIR kalau tidak solat. Imam Syafie berkata, JATUH FASIK (pun masuk neraka) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.

GOLONGAN 2
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tidak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Tidak pernah belajar cara solat. Ilmu tentang solat langsung tiada. Golongan ini tertolak bahkan DOSA BESAR dan hidup dalam keadaan derhaka kepada ALLAH SWT.

GOLONGAN 3
Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu solat tetapi tidak boleh melawan hawa nafsu terhadap tarikan dunia. Jadi mereka ini solatnya tidak tetap. Kalau ada masa dan ‘mood’ yang baik, mereka akan solat, kalau sibuk, ada kenduri, pesta, berziarah, letih, maka mereka tidak solat. Orang ini JATUH FASIK.

GOLONGAN 4
Orang yang solat, Ilmunya tepat, fasih, bacaannya, tetapi tidak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya tidak difahami, fikirannya tidak tertumpu sepenuhnya pada solat kerana dia tidak memahami apa yang dilafaznya. Cuma main hafal sahaja. Orang ini adalah orang yang LALAI dalam solatnya. NERAKA WIL bagi orang ini.

GOLONGAN 5
Golongan ini mengerjakan solatnya cukup 5 waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaannya, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya tapi tidak dihayati dalam solatnya. Fikirannya masih menerawang mengingatkan dunia. Golongan ini dipanggil AWAMUL MUKMININ.

GOLONGAN 6
Golongan ini sedikit baik  dari golongan yang ke-5 tetapi tidak tetap tahap kekhusyukkannya. Sekejap Khusyuk, sekejap tidak.  Jika teringat hal dunia, mula akan berkhayal. Bila teringat semula kepada ALLAH , mula akan insaf. Golongan ini LEMAH JIWA. Nafsunya terhadap mulhamah ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tetapi masih tidak terdaya kerana lemah jiwa. Ertinya solat itu tiada nilai pahala. ALLAH SWT belum mencintai orang ini.

GOLONGAN 7
Golongan ini mengerjakan solat secara tepat ilmunya, faham setiap apa yang dilafazkan. Hati dan fikirannya tidak terbawa oleh duniawi. Walaupun ia memiliki harta dunia, itu tidak mempengaruhinya malahan dia terus-menrus memuji ALLAH SWT. Golongan ini disebut orang SOLEH/ ABRAR/ ASHABUL YAMIN.

GOLONGAN 8
Golongan ini seperti golongan 7 tetapi dia dapat menghayati setiap makna bacaannya sehinggakan segala rukun dalam solat meresap ke seluruh urat sarafnya. Pemujaannya terhadap ALLAH SWT amat tinggi bagi golongan ini. Inilah golongan MUKARRABIN (hampir dengan ALLAH SWT).

GOLONGAN 9
Golongan ini ialah golongan yang paling tinggi. Kalau dia bermasalah dia terus solat kerana dia merasakan solat adalah salah satu penyelesaiannya.. Dia telah fana dengan solat. Solat sebagai penyejuk hati. Contohnya, Saidina Ali menyuruh orang mencabut anak panah di betisnya ketika beliau sedang solat. Golongan ini menjadikan solat sebagai cara melepas rindu pada tuhan. Golongan ini ialah SIDDIQIN. Golongan yang benar dan haq.

Ibadah solat membangunkan iman, jiwa, menjauhkan perkara buruk, mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah. Perbaikilah diri kita..

Wahai umat islam, sesungguhnya, solat itu tiang agama. Tanpa solat sudah pasti akan roboh segala amal ibadah yang dilakukan.. Harap apa yang dikongsikan ini dapat bagi manfaat pada semua yang bertamu di blog saya. Sama-sama kita baiki sesuatu yang sudah menjadi kewajipan dalam hidup kita. Sesungguhnya, ALLAH sentiasa akan tolong hambanya yang ingin menuju ke jalan-Nya. Insya-ALLAH.

UMMI PESAN...

Pesanan yang terkarang kat bawah ni merupakan pesanan yang saya rasa sangat penting untuk diri saya... Pesanan ni saya petik daripada umi tersayang dan saya akan sentiasa jadikan pesanan ni sebagai panduan hidup. thankz ummi!


UMMI PESAN….
Solat. Jangan tinggal solat.. sbb solat tu panduan hidup kita..klau kita sush nak buat satu perkara yg wajib ni, ALLAH pun susah nak tlong kita. Umi ckp, x pyh fikir bnyk, cuma fikir balasan yg kita akan dpt klau kita tinggal solat!. Tu je..

UMMI PESAN….
AL-Quran. AL-Quran tu perkara kedua lepas solat. Umi ckp, kita kene pndai baca quran. Kalau x pandai pun biarla kita pasang niat untuk belajar sbb niat baik pun dah dpt pahala walaupun x buat lagi. Salah satu doa yg dimakbulkan adalah doa selepas kita baca quran. Lagi satu, kalau kita x pndai baca quran, sape yg nak tolong bacakan ibubapa kita quran bila diorg meninggal nanti??

UMMI PESAN….
Budi Pekerti. Biar kita miskin duit, tapi jangan kita miskin budi pekerti dan akhlak mulia. Kalau kita ada dua perkara tu, orang akan hormat dan segan kat kita. And jangan sesekali pandang rendah pada org lain.. kalau kita x suka dia pun, fikirla kebaikan dia, jangan fikir keburukan dia.. Diorg akan respect kita. Kalau kita pandai hormat org, org pun akan hormat kita lebih dari kita respect dia.. Perkara pertama yg akan dinilai oleh seseorg adalah akhlak kita!

UMMI PESAN….
Ilmu. Ilmu tu penting..  kalau nak hidup senang dunia akhirat kene tuntut ilmu. Tuntut ilmu ni x kenal usia. Kalau bleh sepanjang kita hidup biarla kita jadi orang yang selalu dahagakan ilmu kerana mencari ilmu tu suatu kewajipan.

UMMI PESAN….
Pemurah. Kita kene jadi pemurah. Tak bleh berkira dengan sape2 pun. Biarla macam mana jahat orang tu sekalipun. Klau kita nak bagi biarla ikhlas. Xbleh mengungkit. Paling penting jangan harapkan org akan balas pemberian kita tapi harapkan pahala dari ALLAH.. Setiap yg kita bagi kat org yang memerlukan ALLAH akan byr kat kita balik berganda2. Kalaula kita bleh nmpk balsan tu…..sure kite la org paling pemurah dalam dunia!..

UMMI PESAN….
Bersederhana. Kita xbleh tengok orang yang lebih kaya daripada kita.. tengokla org yg lagi kurang daripada kita.. Bila kita tengok org yg lebih dari kita, sure kita akan rasa x pernah cukup dengan nikmat rezeki ALLAH dan x akan pernah nak mensyukuri nikmat tu. Bila kita tgk org yg lagi kurang dari kita, kita akan rasa insaf dan akan sedar betapa banyknya rezeki yg ALLAH dah limpahkan untuk kita. Sesungguhnya Allah sentiasa menambahkan rezeki orang yang sentiasa mensyukuri nikmatnya..

UMMI PESAN….
Perikemanusiaan. Bila kita senang, kita wajib tolong orang masih susah dan perlukan pertolongan kita. Jangan dihina, dicaci, dipulau orang yg dalam kekurangan tu kerana mereka yg bakal meningkatkan pahala untuk kita. Tambahan bila org tu datang dari jauh semata2 untuk minta bantuan daripada kita. Jangan hampakan mereka. Kekayaan kita datangnya dari DIA… klau kite bongkak, sekelip mata kaya tu bleh btukar kepada ‘langsung tiada’…