Friday 21 October 2011


BAGAIMANA ARAS SOLAT SAYA,ANDA DAN KITA?

GOLONGAN 1
Kita boleh lihat hari ini ramai umat islam yang tidak solat, bahkan ramai juga yang tidak tahu bagaiman hendak solat. Imam Malik berkata JATUH KAFIR kalau tidak solat. Imam Syafie berkata, JATUH FASIK (pun masuk neraka) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.

GOLONGAN 2
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tidak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Tidak pernah belajar cara solat. Ilmu tentang solat langsung tiada. Golongan ini tertolak bahkan DOSA BESAR dan hidup dalam keadaan derhaka kepada ALLAH SWT.

GOLONGAN 3
Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu solat tetapi tidak boleh melawan hawa nafsu terhadap tarikan dunia. Jadi mereka ini solatnya tidak tetap. Kalau ada masa dan ‘mood’ yang baik, mereka akan solat, kalau sibuk, ada kenduri, pesta, berziarah, letih, maka mereka tidak solat. Orang ini JATUH FASIK.

GOLONGAN 4
Orang yang solat, Ilmunya tepat, fasih, bacaannya, tetapi tidak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya tidak difahami, fikirannya tidak tertumpu sepenuhnya pada solat kerana dia tidak memahami apa yang dilafaznya. Cuma main hafal sahaja. Orang ini adalah orang yang LALAI dalam solatnya. NERAKA WIL bagi orang ini.

GOLONGAN 5
Golongan ini mengerjakan solatnya cukup 5 waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaannya, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya tapi tidak dihayati dalam solatnya. Fikirannya masih menerawang mengingatkan dunia. Golongan ini dipanggil AWAMUL MUKMININ.

GOLONGAN 6
Golongan ini sedikit baik  dari golongan yang ke-5 tetapi tidak tetap tahap kekhusyukkannya. Sekejap Khusyuk, sekejap tidak.  Jika teringat hal dunia, mula akan berkhayal. Bila teringat semula kepada ALLAH , mula akan insaf. Golongan ini LEMAH JIWA. Nafsunya terhadap mulhamah ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tetapi masih tidak terdaya kerana lemah jiwa. Ertinya solat itu tiada nilai pahala. ALLAH SWT belum mencintai orang ini.

GOLONGAN 7
Golongan ini mengerjakan solat secara tepat ilmunya, faham setiap apa yang dilafazkan. Hati dan fikirannya tidak terbawa oleh duniawi. Walaupun ia memiliki harta dunia, itu tidak mempengaruhinya malahan dia terus-menrus memuji ALLAH SWT. Golongan ini disebut orang SOLEH/ ABRAR/ ASHABUL YAMIN.

GOLONGAN 8
Golongan ini seperti golongan 7 tetapi dia dapat menghayati setiap makna bacaannya sehinggakan segala rukun dalam solat meresap ke seluruh urat sarafnya. Pemujaannya terhadap ALLAH SWT amat tinggi bagi golongan ini. Inilah golongan MUKARRABIN (hampir dengan ALLAH SWT).

GOLONGAN 9
Golongan ini ialah golongan yang paling tinggi. Kalau dia bermasalah dia terus solat kerana dia merasakan solat adalah salah satu penyelesaiannya.. Dia telah fana dengan solat. Solat sebagai penyejuk hati. Contohnya, Saidina Ali menyuruh orang mencabut anak panah di betisnya ketika beliau sedang solat. Golongan ini menjadikan solat sebagai cara melepas rindu pada tuhan. Golongan ini ialah SIDDIQIN. Golongan yang benar dan haq.

Ibadah solat membangunkan iman, jiwa, menjauhkan perkara buruk, mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah. Perbaikilah diri kita..

Wahai umat islam, sesungguhnya, solat itu tiang agama. Tanpa solat sudah pasti akan roboh segala amal ibadah yang dilakukan.. Harap apa yang dikongsikan ini dapat bagi manfaat pada semua yang bertamu di blog saya. Sama-sama kita baiki sesuatu yang sudah menjadi kewajipan dalam hidup kita. Sesungguhnya, ALLAH sentiasa akan tolong hambanya yang ingin menuju ke jalan-Nya. Insya-ALLAH.

No comments:

Post a Comment